Selcare tawar pemeriksaan kesihatan serendah RM109 sempena bulan kemerdekaan

25 Aug 2022 • 8:10 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 24 OGOS: Klinik Selcare menawarkan pemeriksaan kesihatan serendah RM109 untuk dua orang berbanding harga asal RM140 sempena bulan kemerdekaan.

Selcare memaklumkan orang ramai boleh melakukan pemeriksaan gula dalam darah, buah pinggang, hati dan ujian urin termasuk konsultasi doktor tidak dikenakan caj sepanjang promosi yang berakhir 30 September.

“Manfaatkan promo istimewa Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama kami dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat,” katanya di Facebook.

Selcare memaklumkan sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 24 jam 1800-22-6600 atau melayari info@selcareclinic.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved