Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja

LocalEntertainment
14 Dec 2024 • 11:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara barang kes yang dirampas susulan penahanan seorang selebriti untuk siasatan kes dadah pada Rabu.

PUTRAJAYA - Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, lelaki berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang.

"Hasil pemeriksaan lanjut di rumah tersebut telah menemukan dua peket plastik lutsinar, yang tiap satunya mengandungi leraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.

"Anggaran berat keseluruhan dadah disyaki ganja yang telah dirampas ialah 60.3 gram," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

"Lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - Bernama