Selebriti Lelaki Disyaki Miliki Ganja Telah Ditahan Di Cyberjaya

Entertainment
15 Dec 2024 • 10:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang selebriti lelaki berusia 41 tahun dilaporkan telah ditahan polis di sebuah rumah teres di Cyberjaya pada Sabtu semalam kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja.

Memetik laporan Kosmo, ujian air kencing yang dilakukan terhadap artis lelaki itu juga mendapati suspek positif dadah jenis THC.

Tangkapan telah dibuat oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang sekitar 3.10 petang.

Ketika serbuan dilakukan oleh pihak polis di rumah tersebut, polis turut menemui dua paket plastik lutsinar yang mengandungi dadah jenis ganja seberat 60.3 gram.

image is not available

Walau bagaimanapun, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurut laporan Utusan, polis mengesahkan selebriti yang ditahan itu ialah pelakon, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad.

Difahamkan, pelakon berkenaan akan ditahan reman pada pagi ini.

Sumber: Kosmo, Utusan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.