Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja

LocalEntertainment
14 Dec 2024 • 11:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PUTRAJAYA, 14 DIS: Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata lelaki berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut di rumah tersebut telah menemukan dua paket plastik lutsinar, yang tiap satunya mengandungi leraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.

“Anggaran berat keseluruhan dadah disyaki ganja yang telah dirampas ialah 60.3 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

“Lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved