Selepas 10 Tahun Bercinta, Raysha Rizrose Kini Bergelar Tunangan Orang

15 Feb 2023 • 4:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Difahamkan majlis tersebut telah berlangsung pada Disember tahun lalu dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak. - Gambar Instagram Raysha Rizrose

Pelakon jelita yang juga merupakan adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose iaitu Raysha Rizros,27, kini telah menjadi tunangan orang.

Sebelum ini ada desas desus mengatakan bahawa bekas pemenang pertandingan Dewi Remaja 2015 itu telah pun bertunang dengan cinta hatinya iaitu pelumba kereta Formula 3 Nabil Jeffri, 30, pada hujung tahun lalu.

Pada 14 Februari 2023, Raysha telah memuat naik beberapa foto sewaktu majlis pertunangannya dan mengesahkan bahawa dia telah pun bertunang.

“Alhamdulillah, saya secara rasminya telah bertunang,” tulisnya ringkas di bahagian kapsyen. 

Difahamkan majlis tersebut telah berlangsung pada Disember tahun lalu dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak. 

Raysha dan tunangnya telah menjalin hubungan cinta sejak 10 tahun lalu saat dia masih berada di bangku sekolah. Hubungan mereka pernah terputus di pertengahan jalan, namun kekuatan cinta mereka nyata sangat utuh. 

Tahniah diucapkan kepada Raysha dan Nabil. Semoga segala urusan melangkah ke gerbang perkahwinan dipermudahkan. – Getaran, 15 Februari 2023.