Selepas 10 Tahun, Rakyat Iran Kembali Tunai Umrah

23 Apr 2024 • 11:23 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun.

Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan pertama umrah dikatakan telah memulakan perjalanan dari Iran ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah dan ziarah melalui lapangan terbang Imam Khomeini di Tehran, Iran.

image is not available

Foto: Google

Menurut pengurus lapangan terbang Iran bagi operasi haji, Mohammad Hossein Ajilian menyatakan negara berkenaan akan mengirim jemaah umrah ke Arab Saudi dari 11 lapangan terbang di seluruh negara, semalam.

“Iran akan menghantar jemaah umrah ke Arab Saudi dari 11 lapangan terbang di seluruh negara itu mulai Isnin,” katanya pada Sabtu.

Difahamkan, Lapangan Terbang Antarabangsa Mashhad akan mengurus penerbangan yang serupa, manakala lapangan terbang di bandar-bandar seperti Zahedan, Ahvaz, Tabriz, Yazd, Kerman, Bandar Abbas, Isfahan dan Shiraz akan menyediakan satu penerbangan khas pada hari berikutnya.

image is not available

Foto: IRNA

Ajilian menambah, penerbangan terakhir ke Arab Saudi dari Lapangan Terbang Mashhad dijadualkan pada awal bulan Mei nanti.

Dalam pada itu, Ajilian berkata seramai 5,720 jemaah dari negara Iran dijangka akan berlepas ke Arab Saudi pada tahun ini.

image is not available

Foto: IRNA

“Lapangan terbang Mashhad akan mengendalikan penerbangan akhir ke Arab Saudi pada 2 Mei.
“Sejumlah 5,720 jemaah dijangka berlepas ke Arab Saudi tahun ini,” ujarnya.

Sekadar info, pada tahun 2016 Arab Saudi dan Iran dengan majoriti penduduk Syiah telah memutuskan hubungan setelah misi diplomatik Arab Saudi di Iran diserang semasa protes hukuman mati yang dikenakan kepada ulama Syiah, Nimr al-Nimr.

Sumber: IRNA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved