BFF Ruhainies pula kongsi video ceramah – “Terima dulu masalah jangan keluh”

Entertainment
22 Apr 2024 • 5:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perkongsian video kawan baik, BFF Ruhainies iaitu Ahmad Azhar Aziz yang dilaporkan memeluk aktres tersebut selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah sehingga undang kecaman telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azhar di IG storynya, dia berkongsi sebuah video ceramah berdurasi pendek mengenai cara untuk menghadapi masalah dalam kehidupan.

BFF Ruhainies

Dalam ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz dari Indonesia itu, seseorang muslim yang terpalit dalam masalah kehidupan perlu bergantung sepenuhnya kepada tuhan yang akan member penyelesaian terbaik untuk hambanya.

Bukan itu sahaja, Azhar percaya bahawa Allah tidak akan menguji atau membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

BFF Ruhainies

image is not available

Terdahulu, tular di laman sosial memaparkan pelakon Ruhainies bertindak memeluk lelaki bukan mahram dengan memakai niqab selepas pulang dari mengerjakan haji telah undang kecaman ramai.

Mana tidaknya, netizen menganggap perbuatan itu tidak sopan selain mendakwa aktres yang berusia 32 tahun itu mempersendakan agama dan memburukkan imej wanita muslimah.

image is not available

Sumber: Instagram @zaharzbubu