Selepas 12 Tahun Berkahwin, Isteri Pinang Kawan Baik Untuk Jadi Madu

Entertainment
5 Jan 2024 • 12:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Poligami merupakan perbuatan di mana seorang suami mempunyai lebih dari seorang isteri dalam satu masa, ianya dibolehkan dalam Islam namun mengikut syarat-syarat tertentu.

Isu poligami ini agak sensitif terutamanya buat kaum wanita, namun lain ceritanya buat pasangan suami isteri ini di mana isteri pertamanya sendiri pergi meminang isteri kedua atau madu buat suaminya.

Seorang mutawif di Melaka, Mohd Loqman Mohd Salleh menerima hasrat isterinya untuk meminang isteri kedua sebelum majlis pernikahan mereka diadakan di sebuah masjid pada 24 Disember lalu.

image is not available

Menurut laporan Astro AWANI, isteri keduanya merupakan sahabat kepada isteri pertama dan mereka telah lama berkawan baik.

Difahamkan, pada awalnya ia merupakan perancangan isteri pertama, namun hasrat untuk berpoligami perlu mendapatkan keizinan terlebih dahulu daripadanya.

Mohd Loqman dan isteri sudah pun berkahwin selama 12 tahun dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, kehidupan rumah tangga mereka dikatakan sangat bahagia.

“Nasihat saya kepada lelaki yang ingin berpoligami bercakap benar, insya-Allah akan kekal hingga ke Jannah,” katanya.

Dalam majlis itu, isteri pertama turut hadir mengenakan busana serba putih sedondon dengan isteri kedua.

Mohd Loqman yang juga merupakan perawat Islam berkongsi dia banyak menerima ucapan tahniah sejurus memuat naik hantaran dan beberapa keping gambar perkahwinan bersama kedua-dua isteri di Facebook miliknya.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.