Selepas 2 Dekad, Blue Masih Berbisa Dengan Aksi Lincah Bertenaga! 

Music
14 Feb 2023 • 11:10 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Selepas dua dekad, Blue masih lagi berbisa dengan aksi lincah pada konsert Blue 20th Anniversary: Heart & Soul Tour’, baru-baru ini. - Gambar dari Happymoon

Biarpun tidak sehebat kumpulan vokal lain yang mencipta nama di era 2000, namun quartet Inggeris yang menamakan diri mereka, Blue ternyata masih tidak hilang pengaruh. 

Buktinya, konsert mereka, Blue 20th Anniversary: Heart & Soul Tour’ yang diadakan di Dewan Plenary KLCC baru-baru-baru ini telah dibanjiri seramai 2,900 peminat setia. 

Dalam konsert yang dibawakan Hitman Solutions dan Happymoon itu, Blue yang dianggotai Duncan James, Lee Ryan, Simon Webbe dan Antony Costa telah menghiburkan peminat mereka dengan aksi bertenaga tanpa henti.

image is not available
Blue mempersembahkan 17 buah lagu pada konsert tersebut.

Walaupun selepas dua dekad, Blue masih lagi berbisa dengan aksi lincah mereka di atas pentas menyanyikan lagu-lagu hit fenomena seperti ‘One Love’, ‘All Rise’, ‘Sorry Seems To Be Hardest Word’ yang dinyanyikan bersama penyanyi legendaris, Elton John dan lain-lain sekali gus mengimbau nostalgia zaman remaja dahulu. 

image is not available
Ternyata Blue mempunyai kelompok peminat yang ramai di Malaysia.

Selain itu, Blue juga menyanyikan lagu-lagu dari album terbaharu ‘Heart & Soul’ mereka seperti tajuk albumnya sendiri, ‘Dance with Me’, ‘Ultraviolet’, ‘Paradise’ dan banyak lagi dengan jumlah 17 buah lagu kesemuanya yang dipersembahkan.

image is not available
Blue menyifatkan peminat di Malaysia sangat 'gempak' kerana semangat yang ditunjukkan serta menyanyi bersama mereka tanpa henti.

Kata salah seorang ahli kumpulan Blue:

“Peminat di Malaysia merupakan salah satu penonton yang tergempak yang pernah mereka saksikan. Semangat yang ditunjukkan serta nyanyian bersama tanpa henti sangat menakjubkan!”.

Namun, apa yang katakan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kumpulan sememangnya mempunyai kelompok peminat yang ramai di negara yang membesar dengan lagu-lagu mereka suatu ketika dahulu. 

Walaupun konsert tersebut berdurasi selama 75 minit, terdapat beberapa kejutan bagi mereka yang hadir iaitu pelakon popular tanah air, Diana Danielle tampil membuat persembahan pembukaan dengan sorakan yang padu. – Getaran, 14 Februari 2023