Selepas 2 Minggu Dirawat Di Hospital, Prebet Yang Dipukul Koperal Meninggal Dunia

LocalPolitics
11 Apr 2026 • 2:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi yang sebelum ini dimasukkan ke hospital selepas menjadi mangsa pukul, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Menurut laporan Free Malaysia Today, mangsa yang berusia awal 20-an itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.45 pagi di sebuah hospital di Temerloh.

Difahamkan, mangsa telah dimasukkan ke hospital selama dua minggu selepas mengalami kecederaan parah akibat dipukul oleh suspek berpangkat koperal.

Artikel Berkaitan: Isu Kebajikan Dan Disiplin: TDM Bertegas Tangani Kes Kekerasan Di Kem Bentong

Menurut bapa mangsa,  jenazah Prebet Muhammad Amirul akan dibawa ke Gemas, Negeri Sembilan untuk dikebumikan di sana.

Terdahulu, Prebet Muhammad Amirul dipercayai telah menjadi mangsa kekerasan apabila dipukul oleh suspek yang berpangkat koperal itu kerana tidak puas hari mengenai kerja pembersihan stor senjata pada akhir Mac lalu.

Difahamkan juga, suspek yang berusia 37 tahun kemudiannya telah diberkas oleh polis untuk siasatan lanjut.

Suspek juga telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong, Pahang atas pertuduhan mencederakan mangsa dan beberapa lagi anggota lain namun suspek telah mengaku tidak bersalah.

Perbicaraan kes ini masih lagi berlangsung.

Sumber: Free Malaysia Today

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.