Selepas 22 Tahun Beroperasi, Giant Batu Caves Ditutup Kerana Tempoh Sewaan Telah Tamat

Entertainment
12 Jan 2025 • 2:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Giant Batu Caves yang menjadi tempat tumpuan penduduk sekitar Selayang dan Batu Caves untuk membeli barang keperluan harian dan barang dapur ditutup bermula hari ini selepas 22 tahun pasar raya itu beroperasi.

Memetik laporan Sinar Harian, pasar raya Giant Batu Caves itu ditutup kerana tempoh sewaan di Lot 10243, Mukim Batu itu telah tamat.

Difahamkan, Giant Batu Caves itu kemudiannya akan berpindah ke satu lokasi baru di sekitar Sri Gombak iaitu hanya sekitar 5 minit pemanduan dari Batu Caves selepas ini.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, pasar raya ini telah beroperasi di Batu Caves sejak tahun 2003.

Difahamkan juga, TF Value-Mart akan mengambil alih penyewaan premis di tapak sedia ada selepas tempoh sewaan tanah Giant Batu Caves di lokasi itu tamat.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.