Selepas 3 Minggu Jalani Rawatan, Faisal Halim Dibenar Keluar Hospital

26 May 2024 • 12:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bintang bola sepak kebangsaan, Faisal Halim telah dibenarkan keluar semalam selepas menjalani rawatan selama hampir 3 minggu di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor.

Memetik laporan Malay Mail, Selangor FC dalam satu kenyataan berkata tonggak utama kelab mereka itu dibenarkan keluar selepas pemerhatian doktor pakar mengenai rawatan dan pemulihannya menunjukkan perkembangan yang sangat positif.

image is not available

Serangan asid kepada pemain yang lebih mesra dikenali dengan nama panggilan Mickey itu telah menyebabkan beliau mengalami kecederaan luka lecur tahap empat dan terpaksa menjalani empat pembedahan untutk rawatan.

Hasil daripada pembedahan yang berjaya itu, keadaan beliau kini bertambah positif dan dibenarkan pulang. Faisal kini memasuki fasa seterusnya dalam proses rawatan dan pemulihan yang boleh dilakukan di rumah.

image is not available

Pihak Selangor FC juga memaklumakn orang ramai untuk memberi ruang dan menghormati privasi Faisal dan keluarga untuk beliau melalui proses rawatan dengan sebaiknya.

Untuk rekod, Faisal telah diserang dengan simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara awal bulan ini dan siasatan mengenai kesnya itu masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

 

image is not available
Screenshot

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.