Selepas 4 Tahun, Poster Iklan Filem Mulan Di Stesen MRT Merdeka Akhirnya Diturunkan

Entertainment
7 Jul 2024 • 10:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika anda sering menaiki pengangkutan awam seperti MRT di sekitar Kuala Lumpur, sudah pasti anda perasan dengan poster iklan filem Mulan yang masih melekat pada dinding stesen MRT Merdeka walaupun filem itu telah ditayangkan empat lalu.

Ini bermakna iklan filem itu masih tidak diturunkan meskipun sudah beberapa tahun berlalu kerana baru-baru ini, seorang pengguna media sosial X menerusi akaun X Aduan Rakyat telah meminta untuk pihak pengurusan RapidKL dan MRT Malaysia untuk segera menurunkan poster filem berkenaan kerana telah empat tahun berlalu.

Pihak RapidKL menerusi akaun X mereka kemudiannya telah memberi respon bahawa poster-poster filem yang telah lama itu akan ditanggalkan oleh pemilik aset secara berperingkat.

image is not available

Poster-poster iklan filem Mulan itu akhirnya telah ditanggalkan dari dinding stesen MRT itu oleh pihak yang bertanggungjawab, seperti yang dikongsikan oleh pengguna X, xatyrosdi.

image is not available

Selain itu, poster iklan filem Spiderman No Way Home yang masih melekat sejak 2021 di stesen MRT Bukit Bintang juga akhirnya telah diturunkan dari dinding iklan stesen MRT terbabit.

image is not available

Sumber: X @xatyrosdi

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article