Selepas 5 Tahun, Jacinda Ardern Umum Letak Jawatan Perdana Menteri New Zealand

Entertainment
19 Jan 2023 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan perletakan jawatannya dalam satu pengumuman tergempar semalam.

Menurut laporan The Guardian, pada mesyuarat kaukus tahunan parti pada hari Khamis, Ardern berkata dia tidak lagi berupaya untuk menggalas tugas itu dan sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatannya.

“Saya meletak jawatan kerana tugas ini memerlukan tanggungjawab, iaitu mengetahui adakah saya orang yang tepat untuk memimpin dan menyedari bila masanya untuk berundur.

Saya tahu apa yang diperlukan dalam menggalas jawatan ini. Dan saya tahu saya tiada lagi keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. Ia semudah itu,” katanya.

Penggal beliau sebagai Perdana Menteri akan berakhir selewat-lewatnya 7 Februari, tetapi beliau akan meneruskan sebagai ahli parlimen sehingga pilihan raya diadakan akhir tahun ini.

Sebagai info, Ardern menjadi ketua kerajaan wanita termuda di dunia apabila beliau dipilih sebagai perdana menteri pada 2017 pada usia 37 tahun.

Beliau telah memimpin New Zealand sepanjang pandemik Covid-19 dan bencana besar termasuk serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch, dan letusan gunung berapi White Island.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.