Selepas 54 Hari, Bayi Terselamat Dalam Gempa Bumi Turkiye Disatukan Dengan Ibunya

3 Apr 2023 • 11:48 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang bayi yang diselamatkan daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye disatukan dengan ibunya pada Sabtu, kira-kira 54 hari selepas bencana itu - Gambar Hiasan

ANKARA - Seorang bayi yang diselamatkan daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye disatukan dengan ibunya pada Sabtu, kira-kira 54 hari selepas bencana itu.

Vetin Begdas, tiga setengah bulan, yang panggil “Mystery” (Gizem dalam bahasa Turkiye) diselamatkan di wilayah Hatay 128 jam selepas gempa bumi melanda negara itu pada 6 Februari. Bayi itu kemudian dipindahkan ke hospital di Ankara.

Menteri Keluarga dan Perkhidmatan Sosial Derya Yanik menyatukan semula bayi itu dengan ibunya Yasemin Begdas di wilayah Adana, tempat bayi itu sedang menerima rawatan, menurut Agensi Anadolu.

Bayi dan ibu itu disatukan selepas ujian DNA dijalankan. Bapa dan dua abangnya terkorban dalam gempa bumi yang turut meragut lebih 50,000 nyawa. 

"Hakikat bahawa bayi itu terselamat dan tidak mempunyai masalah kesihatan menarik perhatian kami dan ia suatu keajaiban," kata Yanik. - Bernama- Anadolu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved