Selepas Amy, Teman Lelaki Pula Didakwa Atas Tuduhan Muat Naik Content Jelik Dengan Niat Sakitkan Hati

Entertainment
13 Jul 2022 • 3:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hangat diperkatakan mengenai isu komedi hina Islam sejak Sabtu lepas, wanita tersebut telahpun ditahan oleh pihak berkuasa.

Dalam perkembangan terkini, teman lelaki wanita tersebut turut dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas 2 pertuduhan memuat naik hantaran jelik di media sosial kerana berniat untuk menyakitkan hati.

 

Buat content jelik

Menerusi mStar Online, tertuduh V Alexander Navin, 38, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua jenis pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus, hari ini.

Dalam pertuduhan pertama, Alex ada muat naik satu hantaran yang menyakitkan hati menerusi akaun Twitter miliknya.

image is not available

Sumber melaporkan bahawa kesalahan tersebut dilakukan di Perdana View Condominium, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Bagi kesalahan kedua, dia dituduh membuat satu hantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya di saluran YouTube pada 16 Jun lalu di tempat yang sama.

Dia telah didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membolehkan dirinya dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Bagaimanapun, Hakim mengenakan jaminan sebanyak RM 10,000 untuk setiap pertuduhan dan akan menetapkan 1 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

image is not available

Sebelum ini teman wanitanya Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghina Islam semasa hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur. Dia membuat pengakuan itu dihadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali dan minta dibicarakan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.