Selepas Banjir Teruk, Langit Dubai Bertukar Warna Hijau

20 Apr 2024 • 4:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Fenomena aneh dan menakutkan berlaku di Dubai

Selepas Banjir Teruk, Langit Dubai Bertukar Warna Hijau. Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan peristiwa banjir besar yang melanda Dubai, United Arab Emirates (UAE).

Peristiwa ini direkodkan sebagai salah satu kejadian alam paling teruk yang pernah dialami oleh negara Timur Tengah tersebut.

image is not available
Selepas Banjir Teruk, Langit Dubai Bertukar Warna Hijau

Situasi terkini menunjukkan langit di Dubai berubah menjadi warna hijau ketika cuaca buruk melanda, menurut sumber.

Difahamkan, fenomena aneh ini dilaporkan berlaku pada waktu siang hari dan telah menyebabkan kegelapan di beberapa kawasan di sana.

Seperti dalam filem sains fiksyen, namun sesetengah penduduk turut terpesona dengan kejadian tersebut

Mengikut laporan media, fenomena pelik ini seolah-olah berada dalam filem sains fiksyen dan telah mengejutkan penduduk setempat.

Walaupun kegelapan melanda sesetengah kawasan pada waktu siang, sebahagian penduduk terpesona dengan pemandangan langit berwarna hijau yang luar biasa.

“Saya jarang memuat naik video, tetapi langit di sini bertukar hijau hari ini (Selasa lalu) dan kelihatan begitu menakutkan seperti dalam filem sains fiksyen,” ujar seorang saksi menerusi platform X.

Menurut sumber, fenomena langit hijau adalah kejadian yang jarang berlaku selepas cuaca buruk dan ia dianggap unik oleh sesetengah pihak.

Baca juga artikel yang berkaitan: