Dubai Dilanda Fenomena Aneh, Langit Bertukar Hijau Lepas Banjir Besar

Entertainment
20 Apr 2024 • 11:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari ini dunia dikejutkan dengan peristiwa banjir besar yang melanda Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE). Banjir besar yang menenggelamkan kebanyakan kawasan di bandar itu adalah antara peristiwa kejadian alam terburuk yang pernah direkodkan oleh negara Timur Tengah itu.

Rentetan peristiwa yang membuat Dubai menjadi perhatian dunia masih belum tamat. Terkini, langit di Dubai bertukar menjadi hijau ketika cuaca buruk melanda.

Fenomena aneh itu dilaporkan terjadi ketika hari masih siang dan telah menggelapkan beberapa kawasan di sana.

image is not available

Memetik laporan Kosmo!, fenomena aneh itu seakan-akan berada dalam filem sains fiksyen dan telah menggemparkan penduduk di sana.

Walaupun bagaimanapun, sebahagian penduduk terpesona melihat pemandangan dan warna langit itu yang berlaku pada siang hari.

Menurut sumber, fenomena langit hijau itu adalah kejadian yang jarang berlaku selepas cuaca buruk dan ia disifatkan unik oleh sesetengah pihak.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.