Selepas Bersalin, Ramai Ibu Masih Melalui Proses Pemulihan Yang Jarang Diceritakan

Health & FitnessFamily & Parenting
11 Sep 2026 • 1:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Bercerita tentang kelahiran anak biasanya penuh dengan kisah gembira. Tetapi bagi ibu yang bersalin menerusi pembedahan Caesarean, cerita selepas itu tidak semestinya semudah yang disangka.

Sebaik sahaja bayi selamat dilahirkan, perhatian mula beralih kepada si kecil. Dalam masa sama, si ibu pula perlu menguruskan luka pembedahan, menyesuaikan diri dengan perubahan badan dan emosi serta belajar menjalani rutin baharu sebagai seorang ibu.

Ada perkara yang mungkin mudah dikongsikan. Ada juga pengalaman yang disimpan sendiri kerana tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya.

Menyedari pengalaman pemulihan selepas Caesarean tidak sama bagi setiap ibu, Dermatix Malaysia kini membuka ruang untuk kisah-kisah tersebut dikongsikan menerusi kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories.

Kempen yang dilancarkan sempena ulang tahun ke-15 Dermatix di Malaysia itu mengajak para ibu di seluruh negara berkongsi pengalaman mereka selepas menjalani pembedahan Caesarean. Uniknya, perkongsian tersebut tidak berakhir sebagai catatan biasa.

Menerusi laman mikro interaktif yang menggunakan teknologi AI generatif, kisah yang dikongsikan akan diterjemahkan menjadi sebuah gambaran visual. 

Pendekatan ini memberi peluang kepada ibu untuk melihat pengalaman mereka dalam bentuk yang berbeza, terutama bagi kisah yang mungkin sukar diluahkan dengan kata-kata.

Menurut Pengurus Besar Menarini Malaysia, Josie Ong, pengalaman pemulihan selepas bersalin adalah sesuatu yang sangat peribadi dan tidak semua perkara mengenainya dibincangkan secara terbuka.

“Pemulihan selepas melahirkan anak merupakan pengalaman yang amat peribadi, dan ramai ibu mungkin merasakan bahawa sebahagian daripada pengalaman pembedahan Caesarean mereka tidak dibicarakan secara terbuka atau difahami sepenuhnya.

“Melalui See Her Heal – 1,000 Untold Stories, kami berharap dapat menyediakan ruang bagi para ibu berkongsi kisah dan mendapatkan sokongan, supaya mereka berasa didengari serta mengetahui bahawa mereka tidak keseorangan,” ujar beliau. 

Isu pemulihan selepas Caesarean turut menjadi tumpuan dalam acara pelancaran kempen yang menghimpunkan individu daripada bidang kesihatan ibu, pencipta kandungan keibubapaan dan komuniti.

Perbincangan yang diadakan menyentuh tentang bagaimana pengalaman setiap ibu berbeza, termasuk keperluan kepada sokongan emosi dan komuniti sepanjang tempoh selepas bersalin.

Image from: Selepas Bersalin, Ramai Ibu Masih Melalui Proses Pemulihan Yang Jarang Diceritakan

Para tetamu pada acara tersebut turut diperkenalkan kepada platform kempen menerusi aktiviti yang menunjukkan bagaimana sebuah catatan peribadi boleh diubah menjadi gambaran yang dijana AI.

Kini, ibu di seluruh Malaysia boleh menyertai kempen berkenaan dengan berkongsi kisah yang diinspirasikan daripada pengalaman pemulihan mereka sendiri.

Selain memberi ruang kepada kisah yang mungkin selama ini tidak didengari, inisiatif ini juga mahu menggalakkan lebih banyak perbualan mengenai realiti kehidupan ibu selepas bersalin.

Untuk menyertai See Her Heal – 1,000 Untold Stories, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman 1000untoldstories.com.

Dalam perkembangan berkaitan, sempena ulang tahun ke-15 Dermatix di Malaysia, A. Menarini Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAPAM) bagi menyokong kanak-kanak yang menjalani pembedahan bibir dan lelangit sumbing.

Kerjasama itu merangkumi tajaan kos rawatan pembedahan serta produk penjagaan parut bagi membantu proses pemulihan selepas pembedahan.

Bagi sesetengah ibu, tempoh selepas bersalin mungkin kelihatan seperti fasa untuk kembali kepada kehidupan biasa.

Namun, setiap orang mempunyai cerita yang berbeza. Dan mungkin sudah tiba masanya cerita-cerita yang selama ini dipendam itu diberi ruang untuk didengar.

Untuk maklumat lanjut mengenai See Her Heal – 1,000 Untold Stories dan menyertai pengalaman perkongsian kisah di https://1000untoldstories.com/. - Getaran, 11 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved