Selepas Botakkan Kepala, Nonny Nadirah Kongsi Video Menari Berkemban Pula?

9 Jul 2024 • 9:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Lagi sekali nama pelakon Nonny Nadirah menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila aktres itu mencetuskan kontroversi dengan memuat naik sebuah video di Instagram miliknya.

Kongsi Video Berkemban

Menerusi perkongsian terbaharu itu memperlihatkan Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin hanya berkemban.

 

Pelakon tersebut dilihat merakam dirinya dari arah belakang dan hanya menutup tubuhnya menggunakan sehelai tuala.

 

Nonny yang menggunakan emoji percikan air sebagai kapsyen bagaimanapun bertindak menutup ruangan komen perkongsian tersebut.

 

Tindakan aktres berusia 34 tahun itu sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

 

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 14 saat itu telah menerima lebih 3,500 tanda suka.

 

Sebelum ini, Nonny mengejutkan pengikut dan peminatnya apabila tampil dengan imej botak.

 

Ramai wargamaya yang mendakwa tindakan penyanyi itu berbuat demikian seperti lapar perhatian.

Susulan video memperlihatkan Nonny Nadirah membotakkan kepala, penyanyi dan usahawa Mila Jirin tampil menganggap rakan baiknya mempunyai sebab bertindak sebegitu.

 

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan Nonny, Mila bagaimanapun berkata rakan baiknya itu dalam keadaan baik sahaja selepas menghubunginya beberapa jam lalu.