Selepas Dakwa Hamil, Lucinta Luna Menangis Ditinggalkan Tunang

Entertainment
18 Sep 2023 • 9:47 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Baru-baru ini, selebriti Indonesia, Lucinta Luna mendakwa dia kini sudah hamil anak kepada tunangnya, Arten Boltian atau Alan telah berjaya menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah meluahkan rasa sedih apabila Alan terpaksa pulang ke Ukraine untuk menyertai latihan ketenteraan di sana.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Lucinta di laman TikToknya, kelihatan dia menangis teresak-esak ketika menghantar Alan ke lapangan terbang.

@lucintaluna12

when u come back honey after wajib militer bagaimana nasib anak kita sayang Baby Salmon dan Baby Octopus #lucintaluna #alanluna #artemboltian #merried #hamil #pregnant #husbandwife #nikah #baby #longdistancerelationship #wajibmiliter

♬ Love Can Save It All – Andra

“Semoga latihan ketenteraan kamu lulus dan cepat selesai. Kirim salam kepada ibu dan bapa mentua saya di sana. Saya dan buat hati kita akan menunggu kepulangan kamu di sini… Kita besarkan anak sama-sama ya,” katanya.

Pun begitu, Lucinta akan setia menunggu kepulangan tunangnya dan Alan sempat menitipkan nasihat supaya menjaga kandungannya dengan baik sebelum mengucup bahagian perutnya.

image is not available

Netizen terhibur

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pengumuman yang dilakukan Lucinta walaupun mereka sedia maklum bahawa dia tidak akan boleh hamil.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Teruskan semangat!!!

Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang memberi semangat kepada Lucinta untuk meneruskan kehidupan walaupun terpaksa berjauhan dengan tunang.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @Lucinta Luna