
Hasil penangannya dalam drama SeOfis, pelakon Siti Saleha telah dinobatkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik pada majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang berlangsung tempoh hari.
Menurut aktres jelita, Siti Saleha Mohd Baharum, 34, kemenangan tersebut bukan sahaja menjadi momen indahnya seorang tetapi sebuah pencapaian istimewa buat tanah air sendiri.
“Anugerah ini adalah milik kita Malaysia,” katanya ringkas dalam Instagram
Kecantikannya curi tumpuan media Korea Selatan

Rentetan kemenangan unggulnya itu, nama Siti Saleha bukan saja menjadi bualan hangat di Malaysia, malah kecantikannya ketika menghadiri majlis anugerah itu mendapat perhatian warga Korea Selatan. Namanya kini tular dia laman carian Naver!
Siti Saleha tampil manis dengan solekan yang tipis, cukup untuk menyerlahkan sisi wajahnya. Bertambah anggun mengenakan busana kuning pastel dari Alia Bastamam dan dirias dengan aksesori mewah dari Chopard.
Tidak hairanlah dia berjaya mencuri tumpuan media Korea Selatan. Rata-rata namanya kini telah tular di media sana. Ada di antaranya menyamakan aktres jelita ini dengan karakter Puteri Disney, iaitu Belle dari Beauty And The Beast, gara-gara dia hadir dengan rona gaun yang sama.
Bukan itu sahaja, ramai juga orang yang memuji keramahan Saleha, dia dilihat menyapa mesra semua peminat-peminat ketika beraksi di karpet merah.
Siti Saleha is a Star!
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan anda, Naver adalah laman carian popular di Korea Selatan yang sama fungsinya seperti Google, Yahoo atau Safari. Hebat bukan?
Tahniah Saleha! Malaysia cukup bangga dengan anda, kami di Lifestyle Asia juga sukar untuk ‘move on’ dengan kejelitaan Siti Saleha di Seoul, tidak disangkal lagi dia sememangnya seorang bintang yang sentiasa bersinar!
Saleha telah dicalonkan dalam kategori Bintang Asia Terbaik menerusi drama siri asal berjudul SeOfis yang disiarkan dalam platform digital Tonton.
Menerusi kategori tersebut, Saleha berjaya menggondol trofi tersebut secara tidak langsung menewaskan lima lagi pesaing termasuk barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.
Foto: Instagram Siti Saleha
Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia
