Selepas Diserbu, Kilang Edar Stoking Tulisan Kalimah Allah Tutup Operasi

Entertainment
20 Mar 2024 • 3:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, sebuah kilang yang terletak di kawasan perindustrian Sri Gading, Batu Pahat telah diserbu oleh pihak polis selepas isu stoking tertera kalimah Allah telah tular di media sosial.

Terbaharu, kilang tersebut dilaporkan telah menutup operasinya pada hari ini selepas pihak polis melakukan pemeriksaan.

image is not available
Sumber: buletin tv3

Tutup operasi, letak notis di pagar

Kilang itu ditutup sebaik sahaja pihak pengurusan mengeluarkan kenyataan kerana bimbang akan kebocoran data peribadi pegawai serta ancaman untuk membakar premis berkenaan. Dalam pada itu, mereka telah meletakkan satu kain rentang tertulis notis penutupan di hadapan pintu pagar masuk.

Notis tersebut tertulis permohonan maaf daripada pihak kilang kepada rakyat Malaysia dan mereka berjanji untuk tidak mengeluarkan apa-apa produk yang menyentuh sensitiviti sesuatu agama.

Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian berkaitan sarung kaki yang memaparkan perkataan sensitif yang tidak disengajakan.

Kami berjanji atas komitmen kami untuk sentiasa memastikan sensitiviti masyarakat berbilang agama terjaga, memastikan keharmonian terpelihara dan meningkatkan usaha kawalan kualiti. Kami dengan sekali lagi memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.

Pihak syarikat juga tidak memaklumkan bila tarikh pengoperasian kilang itu akan disambung. Difahamkan, tujuan penutupan premis itu adalah untuk meredakan keadaan dan menjamin keselamatan pekerjanya selepas menerima tekanan melampau untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

image is not available
Sumber; instagram

Stoking dipulangkan oleh KK Mart

Semalam, polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menyerbu premis berkenaan dan lima pasang stoking yang dijumpai tersebut dipulangkan oleh tiga kedai serbaneka KK Mart ketika kontroversi mula tercetus.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya sudah menerima sembilan laporan polis dalam daerah itu dan pihaknya juga masih menjalankan siasatan termasuk merakam percakapan individu yang mengendalikan operasi kilang tersebut.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.