Selepas Ditangkap Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Pelakon Korea Ini Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kereta

WorldEntertainment
4 Aug 2025 • 1:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

 

Pelakon Korea Selatan, Song Young-kyu yang dikenali menerusi watak Ketua Choi dalam filem “Extreme Job” telah disahkan meninggal dunia pada usia 52 tahun.

Menurut laporan polis Yongin Dongbu, mayat beliau ditemui pada 4 Ogos sekitar jam 8 pagi di dalam sebuah kereta di kawasan kediaman di Yongin, Gyeonggi oleh seorang kenalan yang kemudiannya melaporkan kepada pihak berkuasa.

Polis memaklumkan tiada unsur jenayah atau nota ditemukan di lokasi kejadian. Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan termasuk menyoal ahli keluarga serta mempertimbangkan kemungkinan bedah siasat.

image is not available

Sebelum ini, pada 19 Jun, Song Young-kyu dilaporkan memandu di bawah pengaruh alkohol sejauh 5 kilometer di kawasan berhampiran kediamannya. Kes itu dirujuk kepada pihak pendakwaan dan menjadi tular sebulan kemudian. Akibatnya, dia menarik diri daripada pementasan “Shakespeare In Love”, manakala produksi “The Defects” dan “The Winning Try” bertindak memotong sebanyak mungkin babaknya.

Salam takziah buat keluarga dan insan tersayang.

image is not available 2025-07-22 12:47:49

"Kami Mabuk Teruk, Dia Suruh Rahsiakan" - Akhirnya DJ Kelab Malam Mengaku Hamilkan Pelakon Wanita