Selepas dua dekad, aura Faizal Tahir tetap lekat di hati peminat

LocalMusic
5 Oct 2026 • 4:25 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Faizal Tahir

Selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik tempatan, penyanyi dan penulis lagu, Faizal Tahir membuktikan dirinya masih mempunyai tempat yang istimewa di hati peminat menerusi konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil baru-baru ini.

Konsert yang menghimpunkan kira-kira 10,000 penonton itu menampilkan hampir 30 buah lagu yang merentasi perjalanan seni Faizal Tahir sepanjang lebih dua dekad.

Persembahan tersebut bukan sekadar mengimbau kenangan lama, malah dapat menyaksikan evolusi Faizal Tahir sebagai seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik.

Pada malam berkenaan juga Faizal Tahir tidak keseorangan apabila dia melakukan kejutan dengan menjemput anggota kumpulan lamanya, Mirwana untuk berkongsi pentas dengan mempersembahkan dua lagu iaitu, “Tanpa Cintamu” dan “Biar Satu Dunia Tahu.”

Image from: Selepas dua dekad, aura Faizal Tahir tetap lekat di hati peminat

Bukan sahaja Mirwana, malah konsert itu turut menyaksikan kemunculan istimewa legenda tanah air, Datuk M. Nasir yang kemudiannya menyanyikan lagu “Campak Bintang,” bersama Faizal.

Menurutnya lagi, konsert tersebut bukan sekadar sebuah persembahan tetapi memberi makna yang cukup besar apabila melihat kehadiran 10,000 penonton setia yang turut bersama-sama menyanyikan setiap karya dari naskahnya.

Antara lagu yang dipersembahkan pada malam tersebut temasuklah lagu-lagu hits yang pernah menjulang namanya seperti, Gemuruh, Coba, Hanyut, Karma, Anti Gravity, Sejati, Santai, Teknologia,, Sampai Syurga, Aku Berjanji, dan Mahakarya Cinta.

The post Selepas dua dekad, aura Faizal Tahir tetap lekat di hati peminat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved