Selepas ‘Dukun’, Dain Said Kembali Dengan Karya Genre Seram Dalam Filem Terbaharu ‘Harum Malam’

Movie
27 Sep 2022 • 3:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bront Palarae dan Idan Aedan dalam 'Harum Malam' - Gambar ihsan Apparat

Pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia adalah kisah yang telah diangkat pengarah filem tersohor, Dain Said dalam karya filem baharunya, Harum Malam

Bergenre seram, filem yang dibintangi Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein ini bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Februari tahun depan. 

Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar seperti Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra. 

image is not available
Dain Said bersama para pelakon 'Harum Malam'

“Kali terakhir saya mengarahkan film seram adalah Dukun pada tahun 2006. Saya tak sabar untuk filem Harum Malam bertemu dengan penonton filem tempatan, terutamanya peminat filem seram, pada bulan Februari tahun depan!” kata Dain Said. 

Dukun, yang ditayangkan pada 2018, adalah antara lima filem Melayu tempatan bergenre seram yang berjaya membuat kutipan pecah panggung di Malaysia dan Dain Said sendiri telah menerima gelaran Pengarah Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 untuk filem tersebut. 

image is not available
Dain Said

Berbalik kepada Harum Malam, filem ini berpeluang mendapat tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara. 

Filem-filem lain yang pernah ditayangkan pada festival filem ini adalah Spilt (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007), arahan Paul Thomas Anderson. Festival filem Fantastic Fest ini akan berlangsung di Austin, Texas pada 22-29 September 2022. 

image is not available
'Harum Malam' berpeluang mendapat tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara

Pada bulan Oktober pula, Harum Malam akan mendapat tayangan perdana Eropah (European premiere) di Sitges Film Festival, Sepanyol, sebuah festival filem yang mengetengahkan filem-filem seram dan fantasi dari seluruh dunia. 

Filem-filem masyhur yang pernah ditayangkan di sana termasuk Pulp Fiction (1994), arahan Quentin Tarantino dan Arrival (2016), arahan Denis Villeneuve.

image is not available
'Harum Malam' juga akan mendapat tayangan perdana Eropah (European premiere) di Sitges Film Festival, Sepanyol

Di pasaran antarabangsa, Harum Malam diwakili oleh Reel Suspects, manakala XYZ Films pula mewakili filem ini di pasaran Amerika Utara. Judul antarabangsa untuk filem Harum Malam adalah Blood Flower

Untuk pasaran tempatan pula, filem terbitan Apparat ini buat pertama kali, kali bekerjasama dengan D’Ayu Pictures and Skop Productions. 

image is not available
'Harum Malam' berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia

Skop Productions adalah penerbit filem seram Munafik 2, yang masih memegang rekod kutipan pawagam filem seram paling tinggi, akan mengendalikan pengedaran di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. 

Filem Mat Kilau edaran terkini Skop Productiosn telah berjaya mencapai kutipan box office terbesar di dalam sejarah filem Malaysia. Manakala D’Ayu Pictures pula akan menayangkan filem sulung mereka, Daddyku Gangster pada bulan Disember.

Harum Malam juga diterbitkan dengan sumbangan dana daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS). 

image is not available

Harum Malam berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia. 

Keupayaan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib. 

Satu peristiwa telah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat berbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut. – Getaran, 27 September 2022