
JASIN, 31 JAN: Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lalu di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin ASP Mohd Fadzli Othman berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan 9 malam tadi dan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin hari ini bagi permohonan reman.
“Siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis sebelum ini dilaporkan memburu banduan itu yang dipercayai meloloskan diri dari pusat tersebut pada 24 Januari lepas dan disedari warden penjara berkenaan kira-kira jam 2.20 petang.
– BERNAMA
The post Selepas enam hari melarikan diri, banduan diberkas malam tadi appeared first on Selangorkini.


![[VIDEO] Nak Elak Ditahan JPJ, Lelaki Sanggup Tinggalkan Tunang Di Jambatan Pulau Pinang](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)