Banduan lari dari Pusat Koreksional Jasin berjaya ditangkap

31 Jan 2023 • 11:43 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JASIN: Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lepas, di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin ASP Mohd Fadzli Othman berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira 9 malam tadi dan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin hari ini bagi permohonan reman.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis sebelum ini dilaporkan memburu banduan itu yang dipercayai meloloskan diri dari pusat tersebut pada 24 Jan lepas dan disedari warden penjara berkenaan kira-kira 2.20 petang. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved