Selepas Fuji, Aisar Khaled Buat Konten Dengan Jennifer Coppen Pula, Ramai Netizen Approve! - “Satu Malaysia Sokong Kalau…”

2 Jan 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sejak akhir-akhir ini, nama pempengaruh Aisar Khaled menjadi perbualan hangat di media sosial terutamanya masyarakat seberang.

 

Terbaharu, sepotong video memaparkan Aisar bersama pelakon dan pempengaruh Jennifer Copper berjaya meraih perhatian netizen. 

 

Menerusi beberapa video di akaun Jennifer, difahamkan dia dan Aisar sedang makan angin sekitar Bali, Indonesia. 

 

“Ajak pelancong (Aisar) keliling Bali” tulisnya menerusi video tersebut. 

Netizen approve

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen gembira melihat gelagat Aisar dan Jenifer. 

 

Malah, ada juga yang mengatakan wajah Aisar mirip Allahyarham suami Jenifer, Papa Dali.

 

“Sebagai warga malaysia tolong yang ini aku approved. 

 

“Aisar mirip papa dali, semoga berjodoh.

 

“Yang ini approve aisar. Satu malaysia sokong kalau ini,” komen beberapa netizen. 

 

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 23.9 juta tontonan di TikTok.