Selepas ‘Fun Fair’ , Taliban Larang Wanita Masuk ‘Gym’ & Tempat Mandi Awam Di Afghanistan

14 Nov 2022 • 11:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penaklukan semula Taliban di Afghanistan pada tahun lepas telah meraih perhatian netizen di seluruh dunia apabila seperti yang kita tahu, kumpulan tersebut sangat ekstrem dalam menyekat kebebasan penduduknya lebih-lebih lagi terhadap kaum wanita.

Taliban larang wanita pergi ke gym dan tempat mandi awam

Seperti baru-baru ini, Taliban telah mengumumkan untuk melarang semua wanita di sana dari memasuki gim dan tempat mandi awam pada hari ini. Sebelum ini, kumpulan tersebut juga telah melarang kaum wanita dari pergi ke taman awam dan ‘fun fair’.

Menurut jurucakap daripada jabatan kebajikan dan pencegahan maksiat, Mohammad Akif Sadeq Mohajir berkata larangan tersebut dilakukan kerana kebanyakan gym di negara itu terdiri daripada jurulatih lelaki dan ada gym yang bercampur jantina.

Dia turut mengatakan bahawa “hammans” ataupun tempat mandi awam yang menjadi sinonim budaya di Afghanistan turut disekat walaupun telah diasingkan jantina.

image is not available

“Sekarang, setiap rumah dah ada bilik mandi, jadi bagi saya ia bukanlah satu isu untuk wanita.”

Sejak tahun lepas lagi, kaum wanita telah habis ditekan oleh kumpulan Taliban dengan tindakan mereka mengeluarkan banyak sekatan sehingga memberi impak negatif kepada mereka.

Misalnya, penjawat awam wanita telah dibuang kerja dan diberikan bayaran yang sangat sedikit hanya meminta mereka untuk tinggal di rumah dan sekiranya ingin keluar, mereka mestilah memakai burqa atau hijab bersama larangan tidak dibenarkan keluar bersama lelaki bukan mahram.

Wah sampai macam ni sekali ye…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.