Selepas hampir 9 bulan, Eda Ezrin dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Narathiwat

LocalEntertainment
6 Aug 2025 • 3:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selepas hampir 9 bulan, akhirnya penyanyi kelahiran Kelantan, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan yang lain akan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, hari ini.

Menurut laporan Kosmo!Online, keputusan itu dibuat selepas permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam hari ini ditolak mahkamah.

Dibebaskan sepenuhnya

image is not available

Difahamkan, surat pembebasan mereka sedang diuruskan oleh mahkamah sebelum diserahkan kepada penjara. Malah, setakat jam 1.10 tengah hari waktu tempatan, beberapa pegawai imigresen akan mengiringi mereka ke sempadan Sungai Golok.

Pada 6 Mac lalu, Mahkamah membebaskan Eda Ezrin, suaminya dan empat rakan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil methamphetamine untuk tujuan jualan selepas perbicaraan selama tiga hari pada 11, 13 dan 14 Februari.

Bagaimanapun, kesemua mereka masih ditahan di penjara selepas mahkamah membenarkan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

image is not available

Sumber: Kosmo!Online (Razali Zakaria)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved