Selepas Hilang Lebih 37 Jam, Adik Anggota Bomba Ditemukan Lemas

19 Feb 2026 • 2:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selepas lebih 18 jam jasad abangnya ditemukan, mayat adik kepada anggota bomba yang dilaporkan lemas akhirnya ditemui pagi ini dalam keadaan terdampar di Pantai Kandis, Bachok.

Adik anggota bomba ditemukan lemas

Menurut laporan Kosmo! Online, mangsa Ahmad Nurudin Ab. Wahab, 21, dijumpai kira-kira pukul 6.55 pagi, tidak jauh dari lokasi penemuan abangnya, Ahmad Badrul Naim, 32.

image is not available

Sebelum itu, operasi mencari dan menyelamat terhadap Ahmad Badrul Naim berlangsung selama 37 jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, jasad Ahmad Nurudin ditemukan kira-kira 3.7 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang selepas dihanyutkan ombak di pantai berkenaan.

Beliau memaklumkan bahawa mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang melalui kawasan pesisir pantai tersebut sebelum mereka segera memaklumkan kepada pos kawalan bomba yang terletak berhampiran.

Artikel lain: Anggota Bomba Cedera, Warung Burger Ditunda Lori Jatuh Terhempap

Pihak keluarga mangsa juga telah dimaklumkan dan diminta hadir bagi tujuan pengecaman mayat.

Terdahulu, Allahyarham Ahmad Badrul yang juga anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamatan Malaysia (STORM) dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Pulau Pinang cuba menyelamatkan Ahmad Badrul selepas dipercayai lemas ketika mandi di Pantai Kandis, pada petang Selasa.

image is not available

Sumber: Kosmo! Online (Rohana Mohd. Nawi)

The post Selepas Hilang Lebih 37 Jam, Adik Anggota Bomba Ditemukan Lemas appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved