Selepas isteri, kini anak pula hidap kanser

Health & Fitness
7 Aug 2026 • 8:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selepas isteri, kini anak pula hidap kanser

JERANTUT – Ujian demi ujian menimpa seorang pekebun sawit apabila sudah lima tahun menjaga isteri yang terlantar akibat kanser payudara tahap empat, sebelum anak lelakinya pula di­sahkan menghidap kanser prostat sejak dua bulan lalu.

Mohd. Azli Sulaima, 61, dari Felda Kota Gelanggi Dua di sini berkata, isterinya, Zuriah Mohd. Noor, 60, kini terlantar di katil selepas barah yang dihidapinya sejak Oktober 2022 merebak ke tulang belakang dan bahagian kanan badan.

Menurutnya, penyakit itu menyebabkan Zuriah hilang upaya apabila kedua-dua tangan dan kaki semakin lemah sehingga tidak lagi mampu digerakkan.

“Sejak disahkan menghidap kanser, isteri saya mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh. Kami berulang alik hampir 30 kali untuk pemeriksaan, menjalani pembedahan, kemoterapi serta menerima rawatan di wad.

“Keadaannya semakin merosot apabila sel kanser me­rebak ke tulang belakang dan bahagian kanan badan sehingga dia terlantar,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Mohd Azli berkata, isterinya juga semakin hilang selera makan dan sering memuntahkan semula makanan yang disuapkan kerana tidak lagi mampu mene­lan dengan sempurna.

Tambahnya, sepanjang lima tahun menjaga wanita itu, hampir RM70,000 dibelanjakan bagi menampung kos rawatan, perjalanan ke hospital dan ke­perluan perubatan.

“Setiap bulan saya perlu sediakan dua jenis ubat. Satu berharga RM250, manakala satu lagi mencecah RM3,000. Dengan pendapatan hasil sawit yang semakin berkurangan, memang saya tidak mampu lagi membeli ubat dan wang simpanan pula habis digunakan,” katanya.

Belum reda ujian itu, Mohd. Azli berkata, keluarganya sekali lagi diuji apabila anak lelakinya, Mohd. Rozlan, 41, disahkan menghidap kanser prostat sejak dua bulan lalu dan kini menjalani rawatan di hospital.

Menurutnya, perbelanjaan bulanan untuk menguruskan kebajikan isteri serta kos rawatan anak kini mencecah RM3,000 sebulan.

“Saya bersyukur kerana Majlis Kanser Kebangsaan pernah memberikan bantuan susu khas dan lampin pakai buang selain menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat bernombor 220301388879 atas nama Mohd Azli Sulaima atau menghubunginya di talian 013-268 7366.

The post Selepas isteri, kini anak pula hidap kanser appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved