Terhibur, Ibu 'Random' Masuk Pertandingan Beyblade Office, Permintaan Pula Buat Anak Garu Kepala

5 Aug 2026 • 4:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Terhibur, Ibu 'Random' Masuk Pertandingan Beyblade Office, Permintaan Pula Buat Anak Garu Kepala

Terhibur, Ibu 'Random' Masuk Pertandingan Beyblade Office, Permintaan Pula Buat Anak Garu Kepala

Dulu hanya dianggap permainan zaman kanak-kanak, kini Beyblade kembali mencetuskan fenomena di Malaysia.

Bukan sahaja kanak-kanak, bahkan golongan dewasa turut dilihat turun padangke pusat beli-belah dan lokasi pertandingan sambil membawa koleksi gasing masing-masing.

Ada yang datang sekadar mahu mengimbau nostalgia, manakala sebahagian lagi serius menyusun strategi, memilih komponen dan berlatih untuk menewaskan lawan.

Malah, Beyblade X kini turut diiktiraf sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.

Anak Terkejut, Ibu Join Competition Beyblade

Menariknya, baru-baru ini satu hantaran oleh pengguna TikTok @Sahiraaimaa mencuri perhatian ramai apabila dia menerima info mengenai ibunya.

Dalam perbualan di aplikasi Whatsapp, ibunya memberitahu akan memasuki pertandingan Beyblade.

"Kat mana nak beli Beyblade.."

Lebih menghiburkan, ibunya meminta anaknya untuk mencari permainan itu yang 'kuat' untuk dibawa ke pertandingan.

"Mana nak cari ye, ibu kata nak yang mahal dan kuat"

Image from: Terhibur, Ibu 'Random' Masuk Pertandingan Beyblade Office, Permintaan Pula Buat Anak Garu Kepala

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan khabar ibunya.

"Time ni la boleh cakap 'barang nak esok harini baru nak bagitau'" seloroh seorang pengguna.

"Kau jangan kak. Company aku pernah buat pertandingan dam ular sebab staff dia kuat ngular.. boss terus dapat idea staff activity buat competition dam ular," kongsi seorang lagi.

Beyblade Ibu Sampai Separuh Akhir

Sementara itu, dalam perkongsian lain, dia mendedahkan hasil keputusan pertandingan berkenaan.

Apa yang menarik, wanita berkenaan berjaya melangkah hingga ke peringkat separuh akhir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved