Anwar Ucap Tahniah Kapal Angkasa India Berjaya Mendarat Di Kutub Selatan Bulan

24 Aug 2023 • 12:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Anwar Ucap Tahniah Kapal Angkasa India Berjaya Mendarat Di Kutub Selatan Bulan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi dan rakyat negara itu atas kejayaan mendaratnya pesawat angkasa India, Chandrayaan-3, di kutub selatan bulan semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata Malaysia turut berbangga atas pencapaian itu yang belum pernah diterokai oleh sesiapa dan menyifatkan ia juga kejayaan buat Asia.

“India kini telah menawan bulan dan saya melihat kejayaan ini tidak hanya kejayaan India semata tetapi juga kejayaan buat Asia dan segenap warganya.

“Malaysia turut berbangga atas pencapaian ini dan ternyata ini adalah ‘The Asian Century’. Tahniah India!,” menurut hantaran itu.

Semalam, India menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.

Misi ke bulan oleh Chandrayaan-3 telah dilancarkan pada 14 Julai lepas.

Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan “lancar” atau terkawal, bermula pada 5.44 petang waktu India pada Rabu.

Sumber: Bernama