Sengsara Kebakaran Saluran Gas Belum Reda, Banjir Pula Melanda Penduduk Kampung Tengah Puchong

LocalEnvironment
11 Apr 2025 • 2:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, belum lagi reda dengan impak kebakaran saluran paip gas yang melanda pada hari raya kedua Aidilfitri lepas, penduduk di Kampung Tengah Puchong kini dilanda banjir pula sejak malam tadi.

Berdasarkan perkongsian dalam satu sesi live di TikTok, ada pengguna yang dikenali sebagai Qal Luniey menjelaskan bahawa air naik di kawasan kampungnya sejak malam tadi akibat hujan lebat.

“Memang masa kebakaran saluran gas, rumah saya pun terjejas, bumbung semua habis bocor.”

“Tetapi masa kebakaran hari itu, saya tidak berada di rumah, saya berada di kampung, hanya rumah terjejas.”

Dia yang tinggal di rumah itu bersama 3 lagi ahli keluarga setakat jam 10 pagi memberitahu bahawa setakat jam 10 pagi tadi air banjir masih di paras lutut, namun ia mula surut perlahan-lahan.

image is not available
Banjir di Kampung Jawa, Shah Alam

image is not available
Banjir di Setia Alam

Katanya lagi, kampung itu juga sebelum ini pernah dilanda banjir. Sekadar info, kejadian saluran paip gas terbakar yang berlaku pada 8.10 pagi pada 1 April lepas telah menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu yang mencecah 1,000 darjah Celsius, ia mengambil masa sehingga 8 jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Disebabkan itu, sebanyak 81 buah rumah yang musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur yang melebihi 40 peratus, 81 buah separuh musnah dan 57 terkesan akibat kebakaran tersebut. 218 rumah lagi tidak terjejas, termasuk Kampung Tengah, Puchong.

Sumber : Sinar Harian

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.