Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor.
Menurut laporan Bernama, beliau yang juga Pengerusi Bersatu Johor membuat pengumuman itu menerusi hantaran di laman Facebook beliau.
Pengerusi PN Johor

“Saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Johor. Hilang jawatan Menteri Besar pun saya, letak jawatan pengerusi PN lagilah saya suka,” katanya.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan Pengerusi PN pusat berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Pengerusi PN Johor

Dr Sahruddin dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 pada April 2019, sebelum digantikan dengan Datuk Hasni Mohammad pada 28 Feb 2020.
Sumber: Bernama
The post Selepas Muhyiddin Umum Lepaskan Kedudukan, Pengerusi PN Johor Pula Letak Jawatan appeared first on Borak Daily.
