Selepas Network School, Operasi Pusat Panggilan Penipuan Pula Dilumpuhkan Di Forest City

28 Jul 2026 • 2:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas Network School, Operasi Pusat Panggilan  Penipuan Pula Dilumpuhkan Di Forest City

Minggu lalu operasi Network School yang cuba membentuk negara bebas di Forest City dilumpuhkan pihak berkuasa dengan premis telah disita serta lesen dibatalkan. Minggu ini Polis Diraja Malaysia telah melumpuhkan pula operasi pusat panggilan penipuan pula di lokasi yang sama.

Image from: Selepas Network School, Operasi Pusat Panggilan  Penipuan Pula Dilumpuhkan Di Forest City

Dalam operasi yang dilakukan di dua lokasi berbeza, sebanyak 330 individu yang majoritinya warga asing dari China, Indonesia dan Myanmar. Mereka dipercayai memasuki negara menerusi negara jiran dengan dijanjikan gaji sehingga RM4,000 sebulan untuk melakukan aktiviti penipuan.

Mangsa pula adalah China, Indonesia, Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah yang terdiri daripada warga emas. Jenis penipuan yang dilakukan pula ialah penipuan cinta atas talian, mata wang asing dan pelaburan kripto.

Banglo dan apartmen mewah di Forest City digunakan sebagai lokasi melakukan penipuan. Polis merampas lebih 800 komputer riba dan telefon dalam operasi pertama dan 1000 komputer serta telefon dirampas dalam operasi kedua. Jumlah nilai rampasan mencecah RM2 juta.

Polis mengatakan kes disiasat atas kesalahan menipu dan melanggar Akta Imigresen. Masih belum jelas sama ada dua sindiket yang dilumpuhkan ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Sumber – The Star

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved