Selepas Pukul Anak Saudara Dengan Tukul, Lelaki Ditemui Maut Di Pantai Melawi

26 Sep 2025 • 10:02 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian menyerang anak saudaranya menggunakan tukul hingga cedera parah, ditemui meninggal dunia di kawasan Pantai Melawi, malam ini.

Lelaki pukul anak saudara di kediaman sendiri

Menurut laporan Harian Metro, individu berusia 46 tahun itu dijumpai tidak bernyawa berhampiran pokok rhu, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman, pemeriksaan terhadap mayat sedang dijalankan oleh pasukan forensik di lokasi penemuan.

“Kanak-kanak yang terlibat masih dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM),” katanya.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang, mangsa, Muhammad Ammar Muhammad Badrol, 7,dilaporkan mengalami kecederaan teruk dibahagian kepala akibat dipukul dengan tukul.

image is not available

Foto: Harian Metro

Difahamkan, suspek pukul anak saudaranya di rumah kedai yang menjadi tempat tinggal suspek di kawasan Jelawat.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook milik @Muhammad Badrul, dia merayu orang ramai agar mendoakan anak sulungnya yang dipercayai mangsa kejadian yang kini berdepan keadaan kritikal akibat pendarahan di bahagian kepala.

“Mohon jasa baik semua, doakan anak sulung saya dipermudahkan segala urusan. Keadaannya kritikal, pendarahan di kepala masih belum berhenti.
“Mudah-mudahan doa daripada sahabat semua menjadi satu keajaiban buat anak saya,” tulisnya.

image is not available

Sumber: Harian Metro (Nor Amalina Alias)