Tak Tutup Suis Lampu, Pemandu Lori Pukul Isteri Dan Anak Tiri

LocalFamily & Parenting
26 Sep 2025 • 5:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pemandu lori menerima hukuman penjara enam bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di Muar hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan isteri dan dua anak tirinya dalam kejadian di Sungai Terap, Bukit Pasir pada 21 September lalu.

Pukul isteri dengan rotan

image is not available

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh, Muhammad Eussouff Mansor, 38, didakwa memukul isterinya berusia 41 tahun dengan rotan dan penyangkut baju selepas wanita itu cuba menghalang perbuatannya terhadap dua anak tiri mereka yang dipukul hanya kerana tidak menutup suis lampu.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka di kepala, dada dan pergelangan tangan, sebelum dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A, yang membolehkan tertuduh dipenjara sehingga dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

image is not available

Selain itu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh turut mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menganiaya anak tirinya berusia 12 dan 14 tahun.

Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,000.

Mahkamah menetapkan 6 Oktober ini sebagai tarikh mendengar fakta kes dan hukuman lanjut.

Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani)