Nama isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mula menjadi perhatian apabila beliau gemar memuat naik menu masakan di Instagram.
Ira juga dipuji tidak lokek berkongsi resepi dan saling berkongsi tips masakan dengan para pengikutnya di Instagram.
Terbaru, wanita berumur 27 tahun ini menunjukkan bakat terpendam yang lain iaitu pandai memetik gitar. Menerusi rakaman perkongsian di Instagram Story, Ira dilihat memainkan lagu berbahasa Inggeris.


Namun begitu, anak kepada pelakon Kazar Saisi ini mengaku menghadapi kesukaran untuk menukar kod dengan lancar. Bukan itu je, suara Ira pun boleh tahan sedap juga tau!

Terdahulu, resepi sambal sotong Ira menjadi tular dan ramai dalam kalangan pengikut ‘terjebak’ mencubanya. Sampai ke hari ini, masih ada yang tag Ira menunjukkan hasil masakan tersebut.
Memasak boleh, main gitar pun boleh. Agak-agak apa lagi bakat Ira ini ya?
Kredit: Instagram Ira Kaza



