Selepas sedekad berniaga, Das Abdul umum tamatkan operasi gudang

LocalBusiness & Finance
19 Jun 2026 • 10:18 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Das Abdul luah rasa sebak selepas menamatkan operasi gudang perniagaan bantal yang dibina selama sedekad

Pengasas jenama bantal terkenal Das Abdul, mengumumkan penutupan operasi gudang dan pejabat perniagaannya selepas 10 tahun mengusahakan perniagaan tersebut yang bermula dari bawah sehingga mencapai kejayaan besar.

Menurut perkongsian beliau di Thread, perniagaan yang bermula dengan menjual bantal di belakang bonet kereta bersama isteri dan dua anak itu berkembang pesat sehingga berjaya menjual hampir 3 juta unit bantal serta membina rangkaian ribuan ejen di seluruh negara.

Namun selepas sedekad beroperasi, beliau memaklumkan bahawa gudang dan pejabat syarikat telah ditutup pada bulan Mei lalu.

Walaupun operasi fizikal dihentikan, beliau berkata masih terdapat ejen yang membantu menjual baki stok lama, selain sebahagian pekerja kini bekerja dari rumah dalam usaha meneruskan kelangsungan perniagaan secara kecil-kecilan.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa sedih dan memohon maaf kepada semua pihak termasuk pelanggan, ejen, keluarga serta kenalan sekiranya terdapat janji yang tidak dapat ditunaikan sepanjang tempoh perniagaan, termasuk janji untuk menunaikan umrah kepada beberapa ejen.

Baca juga:

Beliau turut mengakui masih menanggung hutang yang besar termasuk dengan pihak bank serta individu tertentu dan merayu agar orang ramai terus mendoakan agar segala urusan dipermudahkan serta diberi peluang untuk bangkit semula dalam perniagaan.

“Saya tidak mahu meninggal dunia dalam keadaan berhutang,” katanya dalam luahan penuh emosi sambil berharap agar dapat menyelesaikan segala tanggungan kewangan yang masih belum selesai serta tidak membebankan keluarga pada masa hadapan.

The post Selepas sedekad berniaga, Das Abdul umum tamatkan operasi gudang appeared first on The Reporter.