Tentera israel serang pelajar di Universiti Teknikal Palestin

25 Nov 2022 • 5:45 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

TULKARM: Dua pelajar cedera ditembak dan ramai lagi lemas akibat gas pemedih mata dalam serangan tentera pendudukan israel ke atas pelajar di Universiti Teknikal Palestin – Kadoorie di bandar Tulkarm, Tebing Barat, menurut sumber tempatan.

Wartawan WAFA melaporkan askar pendudukan israel melepaskan tembakan gas pemedih mata, tembakan peluru bersalut getah ke arah pelajar, mencederakan 2 pelajar dan menyebabkan banyak kes sesak nafas akibat terhidu gas.

Sumber perubatan di Hospital Awam Thabet melaporkan, 4 pelajar dirawat di hospital itu, 2 daripadanya cedera akibat tembakan di bahagian bawah kaki.

Pelajar telah dipindahkan dari universiti ke tempat yang lebih selamat selepas serangan itu.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini