Selepas Seminggu Di PICU, Ainul Mardhiah Semakin Pulih Hanya Tunggu Masa Untuk Pulang

Entertainment
16 Aug 2022 • 5:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai yang mengenali adik Ainul Mardhiah yang sebelum ini mendapat perhatian negara apabila dia menghadapi Germ Cell Tumor dan mendapat rawatan oleh doktor kelahiran Malaysia di United Kingdom iaitu Dr Nur Amalina Che Bakri.

Beberapa hari lepas, adik Ainul Mardhiah dimasukkan ke hospital kerana terkena jangkitan kuman dan dirawat di bawah Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Semalam, ibunya Nurul Erwani Zaidi berkongsi perkhabaran gembira apabila anaknya itu dikatakan telah memberikan respon yang positif malah, banyak ubat yang telah diberhentikan.

image is not available

Selain itu, ibunya juga memberitahu anaknya itu sudah tidak demam lagi dan kini hanya menunggu masa untuk pulang ke rumah.

Sebelum ini, bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak pernah memberitahu, Ainul Mardhiah sudah tidak menggunakan alat ventilator dan sudah boleh menggerakkan anggota badan seperti tangan dan kaki walaupun masih dalam keadaan lemah selepas diserang sawan beberapa kali minggu lepas.

Menurut laporan Kosmo!, pihak keluarga Ainul masih menunggu keputusan ujian darahnya yang dijangka akan keluar dalam masa terdekat.

Semoga Ainul cepat sembuh!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.