Selepas Setahun Dibina Sukarelawan, Ni Keadaan Terkini Perpustakaan Kampung Sonsogon

14 Nov 2025 • 4:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Selepas Setahun Dibina Sukarelawan, Ni Keadaan Terkini Perpustakaan Kampung Sonsogon

Jauh di pedalaman Sabah, tersorok sebuah perkampungan bernama Kampung Sonsogon Magandai yang masih belum ‘disentuh’ sepenuhnya oleh arus pembangunan moden.

Memandangkan laluan darat yang sukar di akses dan terletak lebih 170 kilometer dari Kota Marudu, membuatkan penduduk di sini kebanyakannya lebih bergantung kepada pekerjaan sendiri untuk meneruskan kehidupan.

Secara tidak langsung, situasi ini menjadikan pelbagai akses dan kemudahan asas perkampungan terpencil ini dengan dunia luar terhad termasuk bidang pendidikan.

image is not available
Gambar: Siakap Keli

Apatah lagi faktor geografi untuk ke perkampungan ini agak mencabar, menjadikan pembangunan di sini jauh ketinggalan. 

Namun, Persatuan Unduk Ngadau Sabah (UNS) dan syarikat-syarikat korporat telah memberi sinar baharu kepada pendidikan di kampung ini

Projek ini tercetus daripada usaha seorang guru sukarela, Asneh Kayak, yang juga merupakan anak jati Sonsogon Magandai. Beliau dengan sukarela mengajar warga di perkampungan tersebut tanpa mengira faktor usia, hanya dengan niat mahu warga Sonsogon celik ilmu.

image is not available
Gambar: Siakap Keli

Perpustakaan Dah Berubah Wajah

Setelah pemerhatian dibuat, keadaan terkini pada perpustakaan ini sangat mengejutkan. Perpustakaan ini sepertinya dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang kampung ini.

Mana tidaknya, jika dulu perpustakaan ini hanya berdindingkan papan dan kayu, namun kini dinding perpustakaan ini sudah pun dihiasi dengan banyak ilmu pengetahuan, sebagai rujukan mereka yang datang.

image is not available
Gambar: Siakap Keli
image is not available
Gambar: Siakap Keli

Pembelajaran Kini Mudah Diakses

Pembelajaran di Kampung Sonsogon semakin mudah diakses, anak-anak Kampung Sonsogon Magandai semakin fasih dan celik pembelajaran. Keyakinan mereka semakin terserlah berbanding berbanding setahun lalu.

Apa yang menarik, bukan sekadar murid dalam kalangan anak-anak, malah penduduk kampung turut menggunakan perpustakaan ini dan sama-sama menjaganya supaya kekal menjadi ruang pembelajaran untuk semua.

image is not available
Gambar: Siakap Keli

Asneh Kayak Pelita Yang Menerangi Kampung Sonsogon Magandai

image is not available
Gambar: Siakap Keli

Dia bertekad mahu menyediakan ruang pembelajaran lebih selesa untuk anak-anak dan penduduk kampung sekaligus memberikan masa depan yang jauh lebih cerah.

Selepas setahun berlalu, pasukan Siakap Keli baru-baru ini berpeluang meninjau sendiri bagaimana perkembangan perpustakaan itu terhadap komuniti Sonsogon Magandai.

image is not available
Gambar: Siakap Keli

Kemudahan seperti pelbagai jenis buku di perpustakaan ini dapat membantu mereka dalam menambah pengetahuan, malah tidak perlu lagi bersusah-payah ke bandar untuk mencari sumber rujukan.

Buktinya, permata Kampung Sonsogon Magandai kini lebih celik dalam pembelajaran malah lebih berani untuk tampil ke hadapan khususnya dalam membantu adik-adik mereka yang lain. 

Selain itu, perpustakaan ini juga dimanfaat oleh golongan yang lebih berusia dalam pembelajaran

Dari sebuah pondok bacaan kecil, kini Kampung Sonsogon Magandai berdiri megah dengan sebuah perpustakaan yang menjadi nadi pembelajaran komuniti ini.

Pelbagai kisah, pelbagai cerita disampaikan oleh Cikgu Asneh tentang tugasnya di kampung ini sebagai penyambung ilmu kepada warga yang lain. Anda boleh menonton kisah penuh tersebut melalui video di bawah.

The post Selepas Setahun Dibina Sukarelawan, Ni Keadaan Terkini Perpustakaan Kampung Sonsogon appeared first on Siakap Keli.

View Original Article