Selepas Teruk Dikecam Isu Mengeluh Pekerja Pasar Raya Tak Bantu, Kieda Crepe Syukur Dapat Rezeki Rumah Baru

5 Feb 2023 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang usahawan pencuci mulut, Kieda meluahkan rasa tidak puas hati dengan pekerja sebuah pasar raya kerana tiada membantu dirinya menolak 10 troli dipenuhi barang-barang yang dibeli

Oleh kerana teruk dikecam ramai, Kieda atau nama sebenar Khalieda Yusra tampil memohon maaf atas perbuatannya serta keterlanjuran kata-kata yang dilemparkan kepada pekerja pasar raya tersebut.

Kieda ketika itu tidak memaki, cuma meminta pekerja untuk bantu meringankan bebannya dan dalam pada itu, usahawan itu turut memohon maaf kerana ‘lawak’ yang dilakukan dianggap berlebihan pada sesetengah netizen.

Biarpun teruk dikecam oleh netizen, Kieda meluahkan rasa syukur di laman Facebook kerana mendapat kunci rumah pertamanya setelah 2 tahun menanti dan luahkan rasa teruja untuk mengubah suai unit rumah terbabit.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan rezeki yang dimiliki oleh wanita tersebut dan ada juga yang menegur untuk Kieda lebih berhati-hati apabila bercakap agar tidak ‘terlajak’ seperti sebelum ini.

image is not available 4 hari lalu

(VIDEO) "Berat Bahu Sebelah Kanan Dapat Pahala" - Kieda Crepe Mohon Maaf Isu Staff L*tus Tak Tolong Angkat Barang