Selepas tular keluarga 13 tahun tiada elektrik tahan kereta Sultan, TNB sasar sambung bekalan 24 Mei

21 May 2026 • 4:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Selepas tular keluarga 13 tahun tiada elektrik tahan kereta Sultan, TNB sasar sambung bekalan 24 Mei

BARU-baru ini tular video memaparkan seorang lelaki menahan kenderaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk meminta penyambungan elektrik di Kuala Sat, Jerantut, Pahang.

Dalam perkembangan berkaitan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi kenyataan di laman sosial mendedahkan pihaknya permohonan daripada keluarga berkenaan telah diterima pada enam bulan lalu.

"Untuk makluman, permohonan berkaitan telah diterima melalui kontraktor pada hujung Disember 2025. TNB telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkaitan pada Januari 2026 bagi membolehkan kerja-kerja penanaman tiang dilaksanakan.

"Ingin dimaklumkan bahawa pelaksanaan kerja di lokasi adalah juga tertakluk kepada kelulusan pihak-pihak berkaitan, termasuk dari aspek keselamatan, teknikal dan pematuhan status tanah dan izin lalu," kongsinya.

Image from: Selepas tular keluarga 13 tahun tiada elektrik tahan kereta Sultan, TNB sasar sambung bekalan 24 Mei

Pihak berkenaan juga berkongsi penyambungan bekalan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

"TNB telah diberi kebenaran untuk meneruskan kerja-kerja penanaman tiang pada 17 Mei 2026. Kerja-kerja telah bermula hari ini, 20 Mei 2026 dan sasaran memulakan penyambungan bekalan pada 24 Mei 2026.

"TNB akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan serta meneliti perkara ini bagi memastikan kes seumpama ini dapat diuruskan dengan lebih teratur dan inklusif bersama pihak berwajib yang berkenaan pada masa hadapan," kongsinya.

Image from: Selepas tular keluarga 13 tahun tiada elektrik tahan kereta Sultan, TNB sasar sambung bekalan 24 Mei

Terdahulu, tular video memaparkan lelaki dikenali sebagai Muhammad Ramadhan bersama isteri dan anak menunggu keberangkatan Al Sultan Abdullah di bahu jalan sejak 6.30 pagi selepas mengetahui keberangkatan baginda menghadiri program dan merasmikan sebuah masjid di kampung Orang Asli.

Usahanya berhasil selepas kira-kira tiga tiga jam menunggu. Pada pukul 10 pagi, kenderaan membawa baginda berhenti.

Muhammad Ramadhan berterima kasih kepada TNB dan memohon agar warga maya tidak menuding jari atau mengecam mana-mana pihak.

Video berdurasi lima minit 41 saat yang dimuat naik di laman sosial Tiktok itu menerima lebih 70,000 tanda suka dan 1.7 juta kali tontonan.