Selepas UMNO dan AMK, kini Ketua Pemuda Amanah pula selar Kulasegaran

LocalPolitics
17 Mar 2026 • 3:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Hasbie

SHAH ALAM - Selepas UMNO dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), kini Ketua Pemuda Amanah pula menyelar tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran yang mengiringi aktivis, Arumugam Dorasamy ke mahkamah pada Selasa.

Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda turut mendakwa tindakan itu merupakan satu bentuk sabotaj.

"Tindakan Kulasegaran adalah sabotaj kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Madani.

"Perkara itu memalukan," ujarnya menerusi Facebook pada Selasa.

Terdahulu, Arumugam, 56, ditemani Kulasegaran dan barisan peguamnya tiba di mahkamah bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi WhatsApp.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya.