Selepas Video Menari Berkemban, Jual Produk Sambil Terkangkang, Nonny Tampil Muat Naik Video Mandi Pula

17 Jul 2024 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kebelakangan ini, hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah kembali menjadi perhatian dengan kontroversi membuat hantaran yang dianggap keterlaluan.

Video berkemban jual produk

Terbaharu, Nonny telah memuatnaik sebuah hantaran video sedang berkemban sambil terkangkang ketika menjual produknya.

Menerusi video tersebut dapat dilihat Nonny hanya membalut tubuhnya dengan sehelai tuala berwarna maroon sambil mempromosikan produk itu.

Bukan itu sahaja, menerusi hantaran di Instagram Story nya, Nonny turut memuat naik video yang merakamkan dirinya sedang mandi tanpa bertuala.

“Mandi jap, nanti kita WhatsApp order balik,” katanya ringkas menerusi video tersebut.

Sebelum ini, Nonny mengejutkan pengikut dan peminatnya apabila tampil dengan imej botak.

Ramai wargamaya mendakwa tindakan penyanyi itu berbuag demikiam seperti lapar perhatian.