Selesa Dengan Gaya Tudung 'Awning' Tinggi, Hetty Koes Endang Rimas Fesyen Tudung Berlilit-Lilit

8 Nov 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sebut sahaja bunda Hetty Koes Endang pastinya kita membayangkan fesyen tudung ikoniknya dengan 'awning' tinggi di depan.

Di sebalik gaya tudung tinggi yang sinonim dengannya itu, Hetty yang juga juri tetap pada GV11 kekal dengan pendirian untuk tidak akan mengubah tatacara pemakaian tudungnya.
 
Kata Hetty, fesyen tudung yang dibawanya sejak dahulu itu merupakan trademark yang telah sebati dengan dirinya.

"Tidak! saya memang sudah maklum pada mereka, fesyen baju saya terutama tudung tinggi di hadapan ini jangan pernah mahu diubah.

 

"Itu semua style saya... itu ikon yang melambangkan siapa Hetty Koes Endang. Tak perlu! dan saya tak mahu diubah-ubah," katanya kepada Gempak.

 
Pemilik nama sebenar Hetty Koes Madewy ini juga berkata, gara-gara awningnya itu kemana sahaja dia pergi pasti menjadi bualan.
 
"Saya senang dengan perkara itu. Saya tak mahu fashion tudung  yang berlilit, meleret, merelip. Saya tidak mahu.

 
"Kalau ditanya dari mana kenal ibu? pasti ramai yang cakap 'dari tudungnya' jadi jangan diubah," katanya berseloroh.
 

Sekali lagi penyanyi legenda Indonesia kembali sebagai juri tetap bersama Dato Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat.
 
GV 11 akan bermula 24 November ini setiap hari Ahad jam 9.00 malam.